Total Pageviews

Search This Blog

Mengapa MESTI hormat ibu bapa

Hadith Nabi Muhammad s.a.w......
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
 
Pengajaran hadis:

i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar. 

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah. 

Teknik exam pantas!

Ada dua perkara penting yang anda perlu ada untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan. Dua perkara itu ialah Kepantasan dan Ketepatan.
Saya ingin kongsikan satu tips tentang kepantasan.Bagaimana cara meningkatkan kepantasan? Atau saya soal dalam bentuk lain, bagaimana anda boleh menjawab soalan dengan pantas di dalam peperiksaan?
�Kepantasan adalah amat penting terutamanya di dalam peperiksaan matematik. Satu teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan kepantasan dinamakan ‘Pengulangan’ (repetition).
Contohnya, anda sedang mengulangkaji matapelajaran matematik di bawah tajuk linear equation. Setelah anda faham tajuk itu dan mula membuat latihan, catat masa anda membuat latihan matematik. Katakanlah, disebabkan soalan itu susah, anda mengambil masa 7 minit untuk menyelesaikannya. Kemudian, ambil kertas kosong lain, selesaikan semula soalan itu. Jika anda tidak boleh selesaikan, maksudnya anda masih tidak faham jalan penyelesaian tadi. Jika boleh, lihat masa yang anda ambil. Masa anda ambil mungkin kurang sedikit iaitu mungkin 6 ke 7 minit.Ulang buat soalan itu sehingga anda betul-betul lancar dan masa yang anda ambil mesti jadi semakin pendek sekurang-kurangnya separuh daripada masa mula tadi (3.5 minit).
Anda mungkin terfikir, “jika saya asyik ulang soalan yang sama, tentulah saya akan jawab semakin cepat sebab saya sudah ingat jalan penyelesaiannya. Dalam peperiksaan bukan kena jawab soalan yang sama!”Benar, anda jawab semakin cepat kerana anda sudah ingat jalan penyelesaiannya. Tetapi sebenarnya, dalam masa yang sama, anda akan ingat juga cara menjawab soalan begini jika anda jumpa soalan yang lebih kurang sama bentuknya di dalam peperiksaan nanti.
Berlatih berulang kali dengan soalan yang sama boleh meningkatkan tahap keyakinan dan keselesaan anda. Anda akan rasa selesa untuk menjawab soalan begitu. Jadi, anda akan dapat jawab dengan baik. Jawab soalan yang sama berulang kali juga akan membuat anda sedar bahawa kebanyakan cara menjawab�soalan peperiksaan adalah sama sahaja. Jika anda sudah faham danmahir menyelesaikan masalah menggunakan satu cara, cara itu juga boleh digunakan untuk soalan lain dalam tajuk yang sama.
Selamat mencuba.
http://www.motivasibelajar.com

Jom cemerlang!

  1. Menurut kajian sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. Fadzilah Kamsah bahawa kita hanya akan mampu mengingati sesuatu ilmu sebanyak 10% jika sekadar membaca.
  2. Jika kita mendengar sahaja,sebanyak 20% yang mampu kita ingat,jika dengar dan lihat(seperti melihat apa yang diajarkan oleh guru-guru) sebanyak 50%.
  3. Apabila kita menyebut sesuatu ilmu yang dihafal secara kuat,maka sebanyak 70% yang mampu kita ingat.Akhirnya sekiranya kita mengamalkan ilmu yang dihafal maka insya Allah sebanyak 90% yang mampu lekat pada memori otak kita.
  4. Betullah pepatah Arab yang mengatakan “ilmu tanpa amal,ibarat pokok tanpa buah”.Dengan beramal ia mampu memberikan buah hasil yang terbaik kepada ilmu yang kita miliki antaranya tahap ingatan yang kuat akan ilmu berkenaan.
  5. Sebenarnya banyak ayat al-Quran dan hadis yang memerintahkan agar kita mengamalkan ilmu yang kita perolehi malah memberikan ancaman yang keras kepada golongan yang mengetahui ilmu tetapi tidak mengamalkannya seperti golongan Yahudi yang mengetahui akan kebenaran Islam tetapi tidak mahu beramal untuk Islam sebaliknya menentang Islam.
  6. Kemudian,sekiranya semakin banyak kita menggunakan deria dalam belajar,semakin kuat dan cepat untuk kita mengingati sesuatu ilmu.Juga,dalam kita belajar,kita hendaklah belajar secara aktif bukan pasif.Maksud aktif di sini ialah kita dapat belajar dengan penuh konsentrasi atau perhatian.Antara ciri pelajar yang aktif ialah mereka yang apabila membaca,mereka menggunakan jari telunjuk atau pen untuk menunjuk isi yang sedang dibaca,menggariskan isi-isi yang penting.Semua itu demi mengelakkan daripada kehilangan konsentrasi.Haruslah difahami belajar secara aktif di sini bukanlah merujuk kepada belajar sambil mendengar muzik yang dipasang kuat ataupun sambil bersembang tetapi ia merujuk kepada belajar secara penuh konsentrasi.Jika kita tidak mampu memberikan sepenuh perhatian kepada apa yang dibaca,maka pada ketika itulah kita dianggap sebagai belajar secara pasif.
  7. Akhir sekali,renungilah kata-kata al-Imam Syafei rahimahullah ini: Aku mengadu kepada Waki’(al-Imam Waki’ ibn Jarrah rahimahullah,guru kepada al-Imam Syafei rahimahullah) tentang buruknya hafalanku,maka dia menyuruhku supaya meninggalkan maksiat,dan dia mengatakan kepadaku bahawa sesungguhnya ilmu Allah itu adalah cahaya,dan cahaya Allah itu tidak akan diberikan kepada orang-orang yang membuat maksiat.”