Keperluan = sesuatu yang diperlukan/ mesti ada untuk manusia terus hidup secara normal
1. Keperluan Asas = makanan, pakaian dan perlindungan/ tempat tinggal
2. Keperluan lain = pendidikan, wang, pengangkutan, perubatan dan sebagainya.
Kehendak = TIDAK diperlukan untuk hidup tetapi dikehendaki oleh manusia untuk keselesaan hidup contohnya, perabot, alat elektrik, alat sukan, permainan dan sebagainya.
PERBEZAAN
KEPERLUAN - KEHENDAK1. amat penting untuk hidup 1. dikehendaki untuk keselesaan
2. terhad & sama untuk semua individu 2. tidak terhad, sukar dipenuhi kesemuanya
3. tanpanya tidak dapat meneruskan hidup 3. masih boleh hidup tanpa kehendaknya
Peniaga = orang yang melakukan kegiatan jual beli untuk mendapatkan keuntungan
Perniagaan = aktiviti pertukaran barang-barang/ perkhidmatan untuk mendapatkan bayaran dalam bentuk wang ataupun barang dan perkhidmatan lain
Kepentingan perniagaan
1. Memenuhi keperluan dan kehendak manusia
= perniagaan menyediakan keperluan dan kehendak
2. Memperbaiki taraf hidup individu dan masyarakat
= perkembangan perniagaan meningkatkan peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan pendapatan keluarga
3. Menyediakan peluang kerjaya
= perkembangan perniagaan menyebabkan lebih banyak kedai, kilang, pejabat ditubuhkan oleh itu terdapat lebih banyak peluang pekerjaan
4. Mengeratkan hubungan antarabangsa
= perniagaan mewujudkan hubungan dagangan antara negara, oleh itu penduduk antara dua negara tersebut dapat lebih memahami budaya, nialai sosial, teknologi dan sebagainya

No comments:
Post a Comment