Total Pageviews

Search This Blog

1.2 Langkah keselamatan

1.2 Langkah keselamatan

1. 4M = membersih, menyusun atur, menilai & mendisiplin

Membersih
= kebersihan fizikal seperti pakaian, menggunakan apron & kasut getah
= kebersihan mental, memberi tumpuan semasa menjalankan kerja di bengkel

Menyusun atur
= semua alatan & bahan mestilah disusun di tempat asalnya agar mudah digunakan

Menilai
= murid menilia diri sendiri dari aspek hasil kerja, keadaan tempat kerja serta ketepatan langkah kerja

Mendisiplin
= peraturan keselamatan mestilah sentiasa diamalkan
= penggunaan alatan mestilah betul & langkah kerja mesti dipatuhi

2. Langkah/Peraturan keselamatan

1. Peraturan keselamatan bengkel
  • tidak bermain dibengkel
  • tidak menumpahkan minyak di atas lantai
  • pastikan bengkel cerah & pengudaraan baik
  • pastikan bengkel dilengkapi alat pemadam api & peti pertolongan cemas














Jenis alat pemadam api
  • Air, A = untuk kebakaran pepejal seperti kayu,kain, plastik & sampah
  • Buih, B = untuk kebakaran cecair seperti cat, minyak, petrol, lekar gas & thiner
  • Karbon dioksida, BC = kebakaran minyak, cat, lekar, gas & alat elektrik
  • Debu kering, ABC = semua jenis bahan

2. Peraturan keselamatan alatan

  • simpan semua latan di tempat asalnya
  • simpan semua bahan yang tidak digunakan dalam stor
  • sim bahan mudah terbakar di tempat selamat
  • gunakan alatan tangan yang betul
  • pastikan alatan tangan & mesin dalam keadaan baik



3. Peraturan keselamatan diri
  • rambut pendek & kemas
  • kemeja & baju lengan panjang dilipat
  • tali leher ditanggalkan atau dimasukkan dalam apron
  • memakai kasut
  • menggunakan gogal bila perlu
  • semasa menggunakan mesin ikut arahan guru
  • tutup suissebelum membuat penyesuaian plag
  • dapatkan kebenaran guru sebelum menggunakan mesin
  • melaporkan & merekodkan sebarang kemalangan/ kecederaan kepada guru

No comments:

Post a Comment